Syarat Penyertaan
- Peserta boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 4.3 megapixel) atau kamera analog (negatif filem).
- Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” x 10” in (8R) tanpa bingkai
- Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi.
- Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
- Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
- Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.
- Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan penerangan mengenai gambar (tidak melebihi 20 patah perkataan). Penyertaan tanpa penerangan mengenai gambar tidak akan diterima.
- Penerangan gambar mengenai pilihan satu tajuk boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris
- Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak AJK penganjur (Pn. Sin Lee Eng atau En. Muhammad Syafiq Abdullah – Jabatan Teknologi Pendidikan) pada atau sebelum 5 Oktober 2012.
- Keputusan akan diumumkan sebelum 17 Oktober 2012 selepas panel membuat keputusan
- Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN
- Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN dan hadiah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.